Pernahkah engkau terfikir tentang perasaanku..
Kau abaikan cintaku..
Sampainya Hatimu..
Cintaku tidak bisa dilakukan sebegitu rupa karena aku punyai perasaan sepeti dirimu juga..
Jangan kau salah menilai diriku..
Kenapa aku tidak dicintai dirimu..
Adakah aku dicipta untuk disakiti..
Apakah salah dan dosaku..
Maafkan aku jika engkau rimas dengan kehadiranku..
Aku cuma mahu menatap dirimu disaat-saat akhir kamu berada dekat denganku..
Itu saja permintaan terakhirku..
Cintai aku dengan sepenuh hatimu..
Karena aku tidak mahu menjadi seperti perigi mencari timba..
Aku akui aku wanita yang lemah..
Tapi kau juga manusia yang mempunyai kelemahan tersendiri..
Aku tahu engkau takut untuk dilukai untuk yang kedua kalinya..
Tapi berilah aku peluang untuk membuktikan padamu bagaimana kuatnya cintaku..
Berilah aku peluang untuk merasa belaian cinta dari seorang jejaka yang aku puja..
Berilah aku peluang untuk aku buktikan bahawa aku bukan sepeti mereka apalagi seperti dia
Aku memang tidak sempurna..
Tapi mana ada manusia hidup dalam dunia ini yang sempurna..
Aku juga tidak mendapat kebebasan hidup..
Aku memang tahu aku tidak layak berdamping denganmu..
Tapi kita semua manusia biasa..
Semua manusia mempunyai hak untuk mencintai sesiapa pun..
Aku cuma mahu berteman denganmu..
Mahu mengenali dirimu ..
Mahu mencintai kekuranganmu..
Menjadi seorang teman tapi mesra..
Dimana engkau ada pabila ku berduka atau bergembira..
Ku mahu engkau mencintai kekuranganku..
Mencintai keperibadianku..
Mencintai cara hidupku..
Dan..
Mencintai diriku dengan sepenuh jiwamu..
Kau bintang dihatiku..
Jadilah seperti yang ku mahu..
Cintai aku semalam,kini,besok dan selamanya..
Sehingga akhir hayatku..
Ku kan tetap menanti..
Menanti Cintamu..
Cintaku Hanya Untukmu..
SiNuZa
August 19, 2008
Kepadamu..
Posted by raranhersewelness at 9:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment